MUAR, 19 Jun -- Warga emas berusia 67 tahun dijatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan rogol dan amang seksual terhadap dua cucu perempuannya berusia 12 dan sembilan tahun. Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh yang berhadapan lima pertuduhan. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA