JOHOR BAHARU, 30 Jan -- Pengarah Kastam Johor Mhd Subre Ishak memeriksa rokok putih pelbagai jenama yang dirampas berikutan penanahanan sebuah lori kontena di Balai Pemeriksaan Rapi Kompleks Sultan Abu Bakar di Tanjung Kupang pada Khamis lalu ketika sidang media di Menara Kastam di sini, hari ini.Sebanyak 600 kotak rokok putih bernilai RM660,000 dirampas oleh pihak Kastam selepas hasil pemeriksaan mendapati rokok-rokok terbabit tidak mempunyai tanda dakwat keselamatan dan cop cukai bagi membuktikan barangan itu telah lulus cukai Kastam.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA