DALAT, 19 Jun -- Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah (dua, kanan) mendengar penerangan daripada Pengerusi Koperasi Dalat Lestari Berhad Aznie Abdulah (kiri) ketika melawat pusat ternakan lalat Black Soldier Fly bagi menghasilkan larva lalat untuk dijadikan baja dan makanan ternakan ayam pada Majlis Pra Pelancaran Pusat Pemprosesan Baja Dalat hari ini. Inisiatif ini adalah program berasaskan komuniti yang inovatif yang menukarkan sisa organik kepada sumber bernilai sambil mewujudkan peluang ekonomi tempatan yang baharu. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA