DALAT, 19 Jun -- Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah (kanan) melihat melihat baja organik yang dihasilkan menerusi mengeringkan larva lalat Black Soldier Fly ketika melawat pusat ternakan lalat Black Soldier Fly pada Majlis Pra Pelancaran Pusat Pemprosesan Baja Dalat, hari ini. Inisiatif ini adalah program berasaskan komuniti yang inovatif yang menukarkan sisa organik kepada sumber bernilai sambil mewujudkan peluang ekonomi tempatan yang baharu. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA