KUALA LUMPUR, 1 Feb ââââÅ¡¬œ- Orang ramai dan pelancong tidak melepaskan peluang mengunjungi Dataran Merdeka dan bergambar berlatar belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) ketika tinjauan Bernama hari.Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) Fasa 1 di sini.Pemuliharaan Blok 1 BSAS merupakan fasa pertama yang siap dalam usaha menyeluruh memulihara kompleks itu dengan kerja pemuliharaan mengekalkan watak sebagai Tapak Warisan Kebangsaan Kategori 1 di samping meningkatkan aspek keselamatan, kebolehcapaian dan pengalaman pengunjung.Pengunjung kini boleh menikmati pelbagai kemudahan di BSAS termasuk ruang pameran dan galeri interaktif, pusat maklumat pelawat sehenti, ruang runcit berkonsep pengalaman dan pembuatan kraf, dewan serta tempat acara yang boleh disewa serta penawaran makanan dan minuman.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA