JOHOR BAHARU, 11 Jun -- Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Professor Dr Marzuki Khalid (kanan) bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan Presiden Universiti Osaka Prefecture (OPU) Jepun Professor Vetaka Katsuyama di UTM Skudai di sini, hari ini.Perjanjian ini meliputi persetujuan bersama untuk menjalankan kegiatan penyelidikan dengan perkongsian akses ke fasiliti masing-masing dan program pemindahan melibatkan kakitangan akademik, pelajar siswazah, pelajar pasca siswazah serta maklumat-maklumat penyelidikan untuk tujuan pembelajaran.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA