KOTA BHARU, 19 Jun -- Pemilik bersama Kelantan City FC Tan Sri Annuar Musa ditemui pemberita selepas Majlis Pengenalan Logo Baharu dan Barisan Kejurulatihan Kelantan City FC bagi Menghadapi Saingan Liga A1 Semi Pro Musim 2026-2027 hari ini. Kelantan City FC hari ini mengumumkan pelantikan jurulatih berpengalaman dari Brazil Wanderley Machado Da Silva Junior, sebagai ketua jurulatih baharu bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro musim 2026-2027. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA