KUANTAN, 22 Jun -- Dua pemandu pasukan SAE-UMP Chapter dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Nur Afnan Abdul Halim, 22, (kanan) dan Mohd Syazrul Shafiq Saad,22, bersama kereta masing-masing selepas upacara 'Flag Off' yang dilakukan Naib Canselor UMP Datuk Daing Nasir Ibrahim di sini, hari ini.Keduanya mewakili universiti itu pada dua pertandingan yang bakal dianjurkan nanti.Nur Afnan akan menyertai pertandingan Shell Eco-Marathon Asia 2010 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 10 Julai ini manakala Mohd Syazrul akan menyertai pertandingan Perodua Eco-Challenge Race 2010 pada 26 Jun ini di Melaka.Kedua pertandingan itu turut disertai 12 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain.Bagi Shell Eco-Marathon Asia, pemenang akan ditentukan melalui rekaan kereta baru yang kreatif manakala untuk Perodua Eco-Challenge Race, pemenang akan dipilih berdasarkan jarak perjalanan paling jauh dengan menggunakan satu liter Petronas Primax 95.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA