KEMAMAN, 4 Ogos -- Bagi memastikan kecekapan awam dalam menghadapi situasi cemas insiden pesawat terhempas terutama di lingkungan kawasan perindustrian petroleum di Kerteh, satu latihan "Exercise Air Crash 10" yang dikendalikan Jabatan Pengurusan Lapangan Terbang Kerteh telah diadakan di sini hari ini.Latihan itu disertai kira-kira 270 petugas dari 20 agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, RELA, Pasukan Gerakan Am, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Jabatan Pengurusan Lapangan Terbang Kerteh sendiri.Gambar menunjukkan beberapa "penumpang yang cedera" terdampar di pantai selepas sebuah pesawat terhempas di laut dalam latihan tersebut di perairan Kerteh di sini hari ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA