JOHOR BAHARU,16 Julai -- Seramai 157 pelancong Hong Kong yang menaiki penerbangan sewa khas Dragonair disambut dengan paluan kompang dan tarian tradisional pelbagai kaum sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai di sini hari ini.Kumpulan ini antara 1,700 pelancong Hong Kong yang akan hadir untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Johor pada pertengahan Julai hingga Ogos tahun ini.Pakej percutian selama empat hari ini meliputi lawatan di sekitar negeri Johor seperti Pulau Sibu di Mersing dan bangunan-bangunan bersejarah.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA