PULAU PINANG, 28 Jun -- Sebahagian daripada 47 pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang menerima anugerah khas daripada kerajaan negeri menunjukkan pingat dan saguhati masing-masing di sini, hari ini.Anugerah tersebut di sampaikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sempena program "Cleaner, Greener Penang".Seramai 18 individu di antaranya menerima pingat dan wang tunai bernilai RM500 setiap orang kerana mereka sanggup bermandi lumpur hampir setiap hari bagi memastikan lubang-lubang longkang atau parit di pusat bandar tidak tersumbat.Manakala 29 individu lain menerima pingat dan wang tunai RM200 setiap orang.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA