KUANTAN, 22 Ogos -- Zaihatta Zainu, 26, mencuba salah satu kopiah ketika ditemui membeli-belah sempena cuti hujung minggu di Bazar Mahkota Square, di sini hari ini.Perniagaan kopiah pada bulan Ramadhan dikatakan lebih menguntungkan berbanding pada bulan-bulan lain.Buktinya, salah seorang peniaga kopiah Amirudin Mohamad, 49, dipercayai mampu memperolehi hasil jualan sehingga RM800 sehari berbanding RM150 pada bulan-bulan lain. Katanya, hasil jualan itu dipercayai akan meningkat sehingga sekali ganda menjelang tiga hari sebelum Aidilfitri.Kopiah-kopiah itu dijual dengan harga RM4 hingga RM30 bergantung pada jenis dan kualitinya.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA