KUALA TERENGGANU, 20 Sept -- TERKANDAS... Sebahagian daripada pelajar Institut Kraftangan Malaysia terpaksa menumpang di sebuah surau di sini selepas bas yang mereka sewa enggan membawa mereka balik ke institut mereka di Rawang, Selangor hari ini.Seramai 47 pelajar Institut tersebut dari Kelantan dan Terengganu tidak dapat memulakan sesi pembelajaran yang bermula hari ini apabila bas yang disewa untuk membawa mereka balik tidak mahu meneruskan perjalanan kerana dikatakan ada lebihan penumpang seramai tiga orang dan meninggalkan mereka di sebuah surau kira-kira jam 3 pagi tadi.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA