KUALA LUMPUR, 7 Jun -- Kelihatan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad bertungkus-lumus membaiki landasan berikutan kejadian tren kargo tergelincir di antara Stesen Kuala Lumpur dan Bank Negara di sini hari ini.Insiden tren kargo itu berlaku pukul 12.50 pagi ketika tren dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Ipoh.Berikutan insiden itu, perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad di beberapa perjalanan terjejas dan dijangka kembali pulih pukul 2 petang ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA