KEMAMAN, 4 Ogos -- Bagi memastikan kecekapan awam dalam menghadapi situasi cemas insiden pesawat terhempas terutama di lingkungan kawasan perindustrian petroleum di Kerteh, satu latihan "Exercise Air Crash 10" yang dikendalikan Jabatan Pengurusan Lapangan Terbang Kerteh telah diadakan dekat sini hari ini.Kelihatan anggota pasukan Bomba Malaysia Airport Berhad mengusung "mangsa" nahas pesawat yang terhampas pada latihan tersebut.Latihan itu disertai kira-kira 270 petugas dari 20 agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, RELA, Pasukan Gerakan Am, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Jabatan Pengurusan Lapangan Terbang Kerteh sendiri.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA