MELAKA, 19 Jun -- Pesawat Wings Air dari Pekanbaru, Indonesia ke Melaka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAM), Batu Berendam di sini hari ini. Pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah Indonesia itu menyambung semula laluan ke destinasi berkenaan sejak 10 Jun lalu. Jadual ke destinasi berkenaan ialah tiga kali seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad. Pengaktifan laluan berkenaan dijangka menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong bagi subsektor pelancongan kesihatan menerusi empat hospital swasta di Melaka. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA