KUALA TERENGGANU, 20 Sept -- Sebahagian daripada 47 orang pelajar Institut Kraftangan Malaysia terpaksa menumpang di sebuah surau di sini selepas bas yang mereka sewa enggan membawa mereka balik ke institut mereka di Rawang, Selangor hari ini.Pelajar-pelajar Institut Kraftangan Rawang, Selangor dari Kelantan dan Terengganu tidak dapat memulakan sesi pembelajaran yang bermula hari ini apabila bas yang disewa untuk membawa mereka balik tidak mahu meneruskan perjalanan kerana dikatakan ada lebihan penumpang seramai tiga orang dan meninggalkan mereka di sebuah surau kira-kira jam 3 pagi tadi.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA