KUALA LUMPUR, 13 Jun -- SUPERMOKH... Demam bola sepak Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan kini semakin panas dengan jelmaan semula poster penyerang lagenda bola sepak negara Mokhtar Dahari dipasang di bulatan Kampong Pandan untuk mengenang jasa beliau dalam bola sepak negara dan bagi memberi semangat kepada pemain pelapis supaya mencontohi semangat dan dedikasi beliau dalam bidang bola sepak.Semangat berpasukan pada masa itu amat diutamakan dan para pemain yang mewakili negara dalam era tersebut tidak terlalu mengejar habuan wang ringgit dan hadiah.Perlawanan Piala Dunia bermula 11 Jun hingga 11 Julai depan dapat disaksikan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), stesan siaran berbayar Astro dan menerusi telefon bimbit. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA.