KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (empat kanan) mengimamkan sembahyang jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Che Hashim Sulaima, 46, di Masjid Kampung Baru di sini, hari ini.Turut menyembahyangkan jenazah ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (tujuh kanan) dan Salahuddin Ayub (enam kanan).Allahyarham meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru Kuala Lumpur di sini pada 4.30 petang tadi kerana barah usus.Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Gua Musang Kelantan untuk dikebumikan malam ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA