MARAN, 22 Julai -- TERPERINCI ... Pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Pahang yang berpakaian khas mengambil contoh tanah di tempat reakrasi Lubuk Yu yang ditutup untuk sementara waktu kerana menyebabkan enam kematian akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah) selepas operasi menyelamat seorang mangsa pada bulan lepas di sini, hari ini.Operasi pembersihan bersepadu yang dijalankan hari ini membabitkan 54 anggota dari enam agensi kerajaan iaitu Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Bekalan Air dan Majlis Daerah Maran bagi mengawal dan langkah-langkah mencegah penularannya.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA