PULAU PINANG, 14 Julai -- Seorang anggota polis memeriksa sepucuk pistol yang dijumpai pada mayat seorang lelaki yang ditembak mati di Lintang Bukit Jambul di sini, pagi tadi.Lelaki berusia 38 tahun dari Perak itu dipercayai anggota kumpulan curi kenderaan mewah yang bergiat cergas di sekitar negeri ini.Dalam kejadian 6.10 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan mengacu pistol ke arah polis sebelum dia ditembak mati.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA