JOHOR BAHARU,16 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri Johor Hoo Seong Chang dan Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Johor (MTPJ) Dr Saari Md Noh (kiri) menyambut rombongan pertama 157 pelancong Hong Kong yang menaiki penerbangan sewa khas Dragonair di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai di sini hari ini.Kumpulan ini antara 1,700 pelancong Hong Kong yang akan hadir untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Johor pada pertengahan Julai hingga Ogos tahun ini.Pakej percutian selama empat hari ini meliputi lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Johor antaranya Pulau Sibu di Mersing dan bangunan-bangunan bersejarah.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA