JOHOR BAHARU, 23 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri Johor Hoo Seong Chang (tiga, kiri) ketika melawat gerai pelancongan Indonesia selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2010 edisi ke-12 di Dewan Ekspo, Danga City Mall, di sini hari ini.Pameran yang berlangsung hari ini hingga 25 Julai merupakan yang terbesar bagi tahun ini dengan penyertaan 45 buah organisasi pelancongan di mana lapan buah dari organisasi pelancongan dalam dan luar negara, 15 agensi pelancongan, 16 agensi berhubung perkhidmatan pelancongan serta enam buah hotel dan resort yang kesemuanya melibatkan sebanyak 155 buah gerai pameran.Selain itu pameran ini juga menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti cabutan nombor bertuah termasuk sebuah Proton Saga BLM 1.3 serta barangan elektronik.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA