KUALA LUMPUR, 22 Dis -- Selepas berjuang melawan kanser payudara dan melalui tujuh kitaran rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), Juliana Razid, 43, akhirnya bergelar ibu setelah menanti selama 11 tahun.Juliana dan suaminya, Fariq Azwar Salehuddin, 44, sebelum ini telah menjalani empat kitaran rawatan persenyawaan intrauterin (IUI) di Hospital Putrajaya, namun tidak berhasil. Mereka kemudian dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk rawatan IVF, di bawah seliaan pakar reproduktif dan onkofertiliti, Prof Madya Dr Mohd Faizal Ahmad, bermula pada Mei 2020.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA