KUALA LUMPUR, 6 Mac -- (GAMBAR FAIL) ... Bekas wartawan penyiaran terkenal, Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi di kediamannya di Klang.Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, Jasbant Singh yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Berhad.Dilahirkan pada 1959 di Teluk Intan, Perak dalam keluarga bekas anggota polis berketurunan Punjabi Sikh, Karam Singh, 67, memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran di TV3 pada 1995 sebelum bersara pada 2014 berikutan masalah kesihatan.Beliau yang dikenali sebagai antara wartawan alam sekitar paling berpengaruh di negara ini pernah memenangi Anugerah Seri Angkasa sebanyak dua kali serta Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) bagi kategori Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik selama empat tahun berturut-turut dari 2004 hingga 2007.-- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA