KUALA LUMPUR, 29 Julai - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (depan) yang disabitkan atas tujuh kesalahan berhubung penyalahgunaan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd semalam, selesai membayar wang jaminan tambahan RM1 juta di Mahkamah Tinggi hari ini. Najib, 67, tiba di mahkamah bersama anaknya Norashman (belakang) yang difahamkan penjamin kepada bapanya.
Semalam, Najib diperintahkan membayar ikat jamin tambahan RM1 juta selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 72 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan hukuman penjara itu dilaksanakan serentak.
Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan kes CBT dan setiap kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta, atau penjara lima tahun dalam kes menyalahguna kedudukan - fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, July 29 - Former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, (fron) found guilty on seven charges of misappropriating RM42 million in SRC International Sdn Bhd fund, paid up the additional bail of RM1 million today ordered by the High Court. Najib, 67, arrives at the court with his son Norashman, (behind) who is believed to be the guarantor for his father.
Yesterday, Najib was ordered to pay an additional bail of RM1 million after the court allowed the defense's application to suspend all sentences pending an appeal in the Court of Appeal.
The High Court yesterday sentenced Najib to a total of 72 years in jail and fined him RM210 million after finding him guilty on seven cases of criminal breach of trust (CBT), money laundering and abuse of position involving RM42 million in SRC International Sdn Bhd funds.
However, Najib will only serve 12 years in jail as High Court Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali ordered all the jail sentences to run concurrently.
The Pekan MP was sentenced to 10 years jail on each of the three cases of CBT and each of the three cases of money laundering and 12 years jail and fined RM210 million, in default five years jail, in the case of abuse of position. - fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED