LOMBOK, 30 Dis - Ikan jerung mendapat permintaan tinggi melalui sirip, gigi serta anggota badan yang lain di pasaran luar negara ketika tinjauan pusat pendaratan dan perdagangan ikan jerung di pasar ikan Pelabuhan Tanjung Luar, Lombok Timur. Sejak dekad 1940-an, perikanan ikan jerung atau ikan yu di Indonesia berkembang menjadi industri bernilai tinggi yang merangkumi pelbagai spesies. Kini, negara itu muncul sebagai antara pengeluar produk yu terbesar dunia, dengan anggaran pengeluaran mencecah sehingga 100,000 tan setahun, sekali gus menggambarkan kepentingan ekonomi sektor tersebut. Namun, di sebalik angka yang mengagumkan, populasi sekurang-kurangnya 114 spesies ikan yu kini berdepan kemerosotan serius akibat tangkapan tidak terkawal. Tekanan ini bukan sahaja berpunca daripada perburuan dan perdagangan, malah turut diperhebatkan oleh kerosakan ekosistem laut serta terganggunya keseimbangan rantaian makanan. Dengan kadar pembiakan yang rendah, pertumbuhan yang perlahan serta tempoh matang yang panjang, ikan yu amat terdedah kepada eksploitasi berlebihan. Ancaman berterusan ini menimbulkan kebimbangan mendalam terhadap kelangsungan spesies ikonik ini serta masa depan ekosistem laut yang semakin rapuh. Pelabuhan Tanjung Luar di Lombok Timur kekal sebagai antara pusat pendaratan dan perdagangan ikan yu terkenal di Indonesia. Didukung permintaan tinggi dari pasaran antarabangsa termasuk China, Hong Kong, Thailand dan Jepun, hampir keseluruhan bahagian badan ikan yu dimanfaatkan - ¬ daripada sirip hingga ke tulang - ¬ menjadikan industri ini nadi kehidupan komuniti pesisir tempatan. - fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
LOMBOK, Dec 30 - Sharks are in high demand internationally, with their fins, teeth and other body parts sought after, during a survey at the shark landing and trading centre at the Tanjung Luar Port Fish Market in East Lombok. Since the 1940s, shark fisheries in Indonesia have developed into a high-value industry encompassing various species. Today, the country has emerged as one of the world - s largest producers of shark products, with an estimated annual output of up to 100,000 tonnes, highlighting the economic significance of the sector. However, behind these impressive figures, populations of at least 114 shark species are now facing serious declines due to uncontrolled fishing. This pressure is not only driven by hunting and trade but is further exacerbated by marine ecosystem degradation and disruptions to the food chain. With low reproductive rates, slow growth and long maturation periods, sharks are particularly vulnerable to overexploitation. This ongoing threat raises serious concerns about the survival of these iconic species and the future of increasingly fragile marine ecosystems. Tanjung Luar Port in East Lombok remains one of Indonesia - s well-known shark landing and trading hubs. Driven by strong international demand from markets including China, Hong Kong, Thailand and Japan, almost every part of the shark - ¬ from fins to bones - ¬ is utilised, making the industry a vital source of livelihood for local coastal communities. - FotoBERNAMA (2025) ALL RIGHTS RESERVED