KUALA LUMPUR, 22 Dis -- Meniti usia 34 tahun dalam industri hiburan tanah air, kumpulan Exist membuktikan kekuatan muzik mereka merentasi zaman dan kekal relevan hingga kini menerusi konsert Exist Premium Live.Berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya pada Sabtu malam, kemantapan persembahan mereka memaku peminat setia di sepanjang konsert berdurasi hampir tiga jam itu.Ezad Lazim selaku vokalis, membuka pentas persembahan dengan lagu Mama Tolonglah Percaya sebelum menyapa penonton dan meluahkan rasa terharu di atas sokongan peminat yang tidak pernah putus di sepanjang lebih tiga dekad perjalanan seni mereka.Selain Ezad, Exist yang turut diterajui Along selaku pemain gitar, Musa (bes), Ujang (dram) dan Ajai (keyboard), memukau penonton dengan kehebatan menguasai instrumen masing-masing, menghidupkan 21 buah lagu yang disenandungkan dalam konsert tersebut.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA