GEORGE TOWN, 24 Nov - Reka bentuk kolonial British terdapat pada bangunan cawangan Standard Chartered Bank yang dibina pada tahun 1930 semasa penjajahan British berhampiran persimpangan antara Beach Street dan Light Street dan kini bangunan tersebut dihuni oleh Spaces Beach Street. Ia merupakan bank pertama dari beberapa bank yang terdapat di sepanjang jalan tersebut. Lebuh Pantai yang terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town merupakan salah satu jalan pertama di George Town dan pernah menjadi pusat komersial yang mengumpulkan sejarah yang mengagumkan. Lebuh Pantai yang dipenuhi dengan bangunan warisan dengan seni bina dan fasad neoklasik yang memberi gambaran pada zaman penjajahan Inggeris. Jalan sepanjang 1.4 kilometer itu juga dikenali sebagai Beach Street dalam bahasa Inggeris yang terletak di sekitar pantai timur George Town yang diterokai sekitar 200 tahun dahulu. Ia menjadi pusat perdagangan antarabangsa, terutama pertengahan abad ke-19 iaitu sekitar tahun 1880-an. Banyak syarikat perdagangan, bank utama, pemborong, pengimport, pengeskport dan syarikat kapal kargo ditubuhkan di sekitar Lebuh Pantai. Pada abad ke-20, bank-bank Eropah didirikan di sepanjang jalan Lebuh Pantai. Sehingga hari ini, Beach Street berfungsi sebagai pusat komersial dan kewangan George Town. Bangunan-bangunan dengan seni bina yang berbeza dapat dilihat di sepanjang Beach Street, kerana etnik yang berbeza mendirikan perniagaan di sepanjang jalan tersebut. Lebuh Pantai dibentuk antara tahun 1786 dan 1787, yang merupakan jalan tertua di kebanyakan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk Singapura. Kepentingan Beach Street yang semakin meningkat menyebabkan kerajaan British membina kompleks pentadbiran pada 1880-an. Kompleks berkenaan dipercayai menempatkan pelbagai pejabat pentadbiran Inggeris dan pernah menjadi pusat kuasa bagi Negeri Selat di Pulau Pinang. Kini bangunan tersebut diubah menjadi bangunan Majlis Islam Pulau Pinang. Pada tahun 1930, cawangan Chartered Bank yang didirikan oleh British berhampiran persimpangan antara Beach Street dan Light Street dan kini bangunan tersebut dihuni oleh Spaces Beach Street. Ia merupakan bank pertama dari beberapa bank yang terdapat di sepanjang jalan tersebut. Selepas kemerderkaan Tanah Melayu pada tahun 1957, aktiviti pelabuhan di sekitar Lebuh Pantai merosot menyebabkan banyak gudang di sepanjang Beach Street terbengkalai. Walau bagaimanapun, Beach Street terus berfungsi sebagai pusat komersial George Town, dengan beberapa bank mengekalkan cawangan dan markas wilayah mereka. Penyenaraian George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008 membawa kepada usaha yang lebih sedar untuk membaik pulih bangunan komersial di sepanjang Lebuh Pantai. Bangunan-bangunan yang nostalgia di sepanjang Lebuh Pantai juga menjadi tumpuan para pelancong dan 'Foto Shoot' bagi pengantin baharu. Sejak tahun 2013, acara Occupy Beach Street diadakan setiap hari Ahad untuk menyuntik kehidupan di Beach Street yang tenang pada hujung minggu. - fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA