KUALA LUMPUR, 31 Mac -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan membayar dividen sebanyak RM5 bilion kepada kerajaan bagi 2025.Jumlah aset pada 31 Dis, 2025 berada pada RM602.22 bilion berbanding RM621.54 bilion pada tahun sebelumnya, yang sebahagian besarnya mencerminkan kesan penukaran mata wang susulan pengukuhan ringgit.Rizab antarabangsa terus menyumbang sebahagian besar kepada aset BNM, sebanyak RM509.79 bilion (2024: RM520.13 bilion).ââââÅ¡¬Å“Liabiliti BNM terdiri terutama daripada mata wang dalam edaran (2025: RM177.75 bilion; 2024: RM170.72 bilion) dan deposit oleh institusi kewangan (2025: RM118.06 bilion; 2024: RM131.92 bilion),ââââÅ¡¬ menurut BNM dalam Laporan Tahunan 2025 yang dikeluarkan hari ini.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA