KAJANG, 3 Mei -- Kanak-kanak perempuan yang terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Bandar Mahkota Cheras pada Jumaat lepas, ditemukan lemas di Sungai Langat berdekatan Jalan Reko, di sini hari ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang yang juga Komander Operasi Izman Adnan berkata jenazah Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, dijumpai kira-kira 10.6 kilometer (km) dari lokasi asal mangsa dilaporkan terjatuh.Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga pada pagi ini telah diperluas meliputi radius sejauh 29 km termasuk di Sungai Long dan Sungai Langat menghala ke Putrajaya.Media sebelum ini melaporkan mangsa dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang semasa bermain bersama rakan-rakannya di kawasan pangsapuri berkenaan pada petang Jumaat.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA