KUALA LUMPUR, 14 Mac -- Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin menyampaikan sumbangan ketika hadir pada Program Sepatu Raya Untuk Anak Yatim yang diadakan di Ampang Point hari ini.Seramai 28 kanak-kanak dan remaja dari Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Ain Bangi, Selangor disantuni dalam Program Sepatu Raya yang merupakan program tradisi anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) sempena Aidilfitri.Turut sama Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan Sharifah Zaini Syed Zain, Pengarah Hal Ehwal Islam dan Hubungan Perniagaan Mamee-Doublec Decker (M) Sdn Bhd, Ahmad Syukry Ibrahim.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA