KOTA TINGGI, 10 Jan -- Nelayan Kampung Orang Asli Sayong Pinang masih bergelut selepas insiden pencemaran Sungai Johor dua bulan lalu. Aris Adong, 51, menyimpan hasil tangkapannya di dalam sangkar di jeti kampung, namun pendapatan dan hasil tangkapan sungai semakin merosot.Selain terjejas ekonomi, nelayan turut risau dengan keadaan Sungai Sayong Pinang yang semakin cetek, menambah cabaran dalam mengekalkan kehidupan harian mereka.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA