JOHOR BAHRU, 15 Jan -- Penganut Hindu menanti dengan penuh kesabaran bagi menyaksikan limpahan susu yang dimasak sehingga mendidih sempena sambutan Pesta Ponggal ketika tinjauan di Kuil Sri Maha Mariamman, Skudai hari ini.Ponggal disambut setiap tahun pada hari pertama bulan 'Thai' mengikut kalendar Tamil sebagai tanda meraikan hasil pertanian dengan harapan tuaian pada tahun berikutnya akan lebih baik.Pada hari Ponggal, beras dimasak dengan susu dan gula perang dalam periuk tanah ketika matahari terbit atau waktu dianggap bertuah sehingga susu melimpah sambil melaungkan 'Ponggaloo Ponggal'. Masakan tersebut akan dihidangkan kepada Dewa Matahari sebelum dijamu kepada ahli keluarga.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA