KUALA LUMPUR, 18 Mac -- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar pada sidang media Ops Lejang Mewah Klon di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini.Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menahan 12 individu disyaki terlibat dalam sindiket klon kenderaan mewah yang aktif di beberapa negeri dalam operasi yang dijalankan pada Khamis hingga Ahad lepas.Kumar berkata Ops Lejang Mewah Klon itu dijalankan selepas polis bertindak hasil risikan selama lima bulan dengan kerjasama kontinjen di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA