KUALA LUMPUR, 1 Jan -- Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) berfungsi sebagai mekanisme perundangan untuk membendung penularan maklumat berbahaya dengan menetapkan tanggungjawab khusus terhadap penyedia platform dan perantara digital, sebaliknya bukan untuk menghukum pengguna.ONSA yang diwartakan pada 22 Mei lepas dan berkuat kuasa hari ini memperkenalkan kerangka kawal selia yang lebih proaktif dengan menetapkan tanggungjawab jelas kepada platform untuk mengurus kandungan berisiko tinggi, termasuk bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, kandungan lucah, kandungan sumbang dan kandungan berkaitan kemudaratan diri.Berkongsi pendapat, peguam Siti Nor Syahidah Ismail (gambar) berkata akta itu tidak memadamkan kebebasan bersuara atau menutup ruang bersuara, sebaliknya meletakkan sempadan munasabah agar hak tersebut tidak disalahgunakan, selain mengawal penyebaran maklumat berbahaya melalui pendekatan tadbir urus platform dan pengurusan risiko.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA