MERSING, 27 April -- Nadia Mohd Fuzi, 39, bersama suaminya, Haiyat Md Hassim, 47, melakukan kerja-kerja mencanting batik yang diusahakan mereka di Rumah Batik Sri Wangsa, baru-baru ini.Di sebalik helaian kain yang dicorak, industri batik di sini bukan sekadar perniagaan, sebaliknya menjadi medium menghidupkan warisan, seni dan pendidikan yang menyatukan komuniti.Nadia memulakan perniagaan itu dengan modal sendiri dianggarkan RM80,000, didorong minat serta keyakinan terhadap industri yang mempunyai 'niche' tersendiri.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA