BATU PAHAT, 29 Dis -- Tukang masak, Mohd Ariffin Ibrahim, 60, menunjukkan nasi gaul yang merupakan makanan tradisional suku Banjar yang kini semakin dilupakan kerana penyediaannya yang agak rumit.Menurut Mohd Ariffin, nasi gaul dinamakan sedemikian kerana hidangan itu dimakan dengan cara menggaulkan nasi bersama-sama dengan acar Banjar yang diperbuat daripada hirisan timun, tomato, bawang, lada dan belacan bakar. Nasi ini dihidangkan dengan lauk ayam atau daging rebus berserta kuah dalca.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA