KUALA NERANG, 6 Jun - Jurulatih dari Team Handal, Qairi Ibrahim, menunjukkan cara-cara menghasilkan api tanpa menggunakan peralatan dalam sesi perkongsian ilmu semasa program pengenalan Kursus Asas Survival dan Ikhtiar Hidup yang diadakan di Tasik Pedu, dekat sini. Tanpa peralatan moden, seperti pemetik api dan gas, api boleh dihasilkan dengan sumber - bahan alam semulajadi lain seperti batu, habuk kayu dari pokok mudim atau pokok kabung, bunga rumput, dedaun kering, kulit kayu, buluh, rotan, dan ranting kayu. Ilmu hasilkan 'Api Primitif' ini memerlukan teknik dan kemahiran tersendiri dalam pemilihan bahan dari alam kayu, buluh, rotan serta batu. Terdapat beberapa teknik menghasilkan api antaranya 'Fire hand drill, Fire thog, Fire plow, Bow drill, dan beberapa teknik lagi dapat menghasilkan bara api. Kemudian bara tadi diletakkan pada tinder' iaitu gumpalan rumput kering yang dipanggil "Sarang Api". Sarang api perlu di tiup perlahan-lahan sehingga bara membesar dan terhasilnya nyalaan api besar. Tinder yang sudah menyala akan diletakkan pada tapak pembakaran khas untuk lanjutkan dalam proses membuat unggun api. Kindling atau ranting kayu kecil diletakkan bagi menyambung nyalaan api dan seterusnya kayu kecil sehinggalah kayu api besar. Teknik membuat unggun api ini bagi memudahkan proses nyalaan api dengan teknik primitif. - fotoBERNAMA(2024) HAKCIPTA TERPELIHARA KUALA NERANG, June 6 - A trainer from Team Handal, Qairi Ibrahim, demonstrates how to make fire without using equipment in a knowledge sharing session during the introductory program of the Basic Survival and Life Effort Course held at Tasik Pedu, near here. Without modern devices such as lighters and gas, fire can be produced using other natural materials such as stones, wood dust, grass flowers, dry leaves, bark, bamboo, rattan and wooden branches. The knowledge of creating 'Primitive Fire' requires specific techniques and skills in selecting materials from nature like wood, bamboo, rattan, and stone. There are several techniques to create fire, including 'Fire hand drill, Fire thong, Fire plow, Bow drill, and several other methods that can create embers. These embers are then placed on tinder, which is a bundle of dry grass called a "Fire Nest". The fire nest needs to be gently blown until the embers grow and a large flame is produced. The lit tinder will be placed on a special burning spot to continue the process of making a campfire. Kindling or small wood twigs are placed to sustain the flame, followed by larger pieces of wood. This technique of building a campfire facilitates the ignition process using primitive methods. - fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED