KUALA LUMPUR, 16 Feb -- Orang ramai mula mendapatkan kurma sebagai persediaan menyambut Ramadan yang bakal tiba ketika tinjauan fotoBernama hari ini.Antara jenis yang menjadi pilihan termasuk kurma Ajwa, Safawi dan Medjool, yang terkenal dengan rasa manis serta tekstur lembut.Selain itu, kurma kaya dengan gula semula jadi seperti glukosa dan fruktosa yang membantu mengembalikan tenaga dengan cepat selepas seharian berpuasa. Kandungan serat, vitamin dan mineralnya juga membantu sistem penghadaman sebelum menikmati hidangan utama.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA