KOTA TINGGI, 10 Jan -- Pengerusi Jaringan Nelayan Kampung Orang Asli Sungai Pinang, Azman Inam, menunjukkan beting pasir yang terbentuk akibat mendapan berikutan aktiviti perlombongan pasir darat di kawasan berhampiran, ketika tinjauan Bernama di Jeti Kg Orang Asli Sayong Pinang hari ini.Kira-kira dua bulan selepas insiden pencemaran Sungai Johor, nelayan di kampung itu masih buntu memikirkan masa depan mereka kerana kehidupan harian belum pulih sepenuhnya.Rata-rata nelayan meluahkan rasa kecewa berikutan pendapatan dan hasil tangkapan sungai yang semakin merosot, selain menggesa perhatian pihak berkenaan terhadap keadaan Sungai Sayong Pinang yang semakin cetek berhampiran kampung mereka.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA