KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Nyalaan unggun api, deretan pelita serta aroma juadah tradisional mewarnai suasana perkhemahan pada penghujung Syawal menerusi penganjuran Payung.Camp Regional Campmeet 2026 yang berlangsung dari 17 hingga 19 April lepas.Program itu yang menghimpunkan ratusan peserta dari seluruh negara, melibatkan 201 khemah di tujuh lokasi berbeza merangkumi Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Pantai Timur, Zon Sabah, Zon Sarawak dan Zon Labuan, dengan anggaran kehadiran antara 800 hingga 1,000 peserta termasuk ahli keluarga.Penganjuran acara bertemakan ÒOne Community, One Brotherhood Ð Raya Bersama Komuniti Payung.Camp MalaysiaÓ itu bertujuan mengukuhkan hubungan dalam komuniti melalui interaksi secara bersemuka.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA