KUALA LUMPUR, 21 April - Sukarelawan PINKTRASH, Muhammad Taufik Ismail menunjukkan puntung rokok yang dikutipnya ketika berjalan kaki di sekitar Taman Tasik Titiwangsa hari ini. Memegang konsep "tiada sampah selepas kita", santai menikmati keindahan alam sekitar dan selayaknya tempat sampah diwujudkan untuk menimbulkan kesedaran tentang kesihatan dan kebersihan, Muhammad Taufik, 36, memulakan projek PINKTRASH ketika Covid-19 melanda dunia. PINKTRASH secara umum adalah aktiviti beriadah sambil mengutip sampah. Mengutip puntung rokok mungkin nampak enteng tapi tidak mudah dilakukan jika tiada mentaliti dan keinginan mendapatkan kesedaran bahaya merokok sekaligus mahu menjalani gaya hidup sihat. PINKTRASH yang kini disertai lebih 20 sukarelawan aktif menjalankan aktiviti bukan hanya tertumpu di bandar tetapi juga luar bandar. Ujarnya soal kesihatan terutama bahaya merokok bukan tentang tinggal di kawasan luar bandar atau bandar tapi lebih kepada kesedaran diri sendiri. Tambahnya lagi kesedaran itu juga perlu diteruskan dengan cara hidup seperti membuang sampah di tempat yang disediakan. Taufik mengaku sejak menjalankan aktiviti PINKTRASH beberapa tahun lalu, hasil kutip puntung rokok masih sama. Beliau berharap orang ramai sedar tentang keburukan merokok. Kita sama-sama menjaga dan melestarikan kesejahteraan semua. Beliau juga berharap lebih ramai individu turut sama mengikuti aktiviti PINKTRASH pada masa akan datang. - fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, April 21 -Ð PINKTRASH volunteer, Muhammad Taufik Ismail, displays a cigarette butt he picked up while walking around Taman Tasik Titiwangsa today. Holding on to the concept of "no trash left behind," he leisurely enjoyed the beauty of nature while emphasizing the importance of designated trash disposal areas to raise awareness about health and cleanliness. Muhammad Taufik, 36, started the PINKTRASH project during the height of the global COVID-19 pandemic. PINKTRASH is essentially a recreational activity that involves picking up litter. While collecting cigarette butts may seem simple, it is not easily done without awareness of the dangers of smoking and a desire to lead a healthy lifestyle. Now joined by over 20 active volunteers, PINKTRASH carries out activities not only in urban areas but also in rural communities. According to him, health issues, especially the dangers of smoking, are not about where one livesÑurban or ruralÑbut rather about personal awareness. He further added that this awareness should be reinforced through responsible habits, such as disposing of waste in the proper places. Taufik admits that since he began PINKTRASH a few years ago, the amount of cigarette butts collected has remained largely unchanged. He hopes the public will become more aware of the harms of smoking and collectively work towards preserving environmental well-being. He also hopes that more individuals will participate in PINKTRASH activities in the future. - fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED