JOHOR BAHRU, 22 Jan -- Kepetahan pelakon dan penyanyi Razzuan Rosli bertutur dalam bahasa Mandarin ketika berniaga jus avokado dan delima di pasar malam di sini, mencuri perhatian ramai, terutama pengguna TikTok, selepas beberapa klip videonya tular dengan jutaan tontonan. Sinonim dengan watak antagonis, artis berusia 35 tahun itu berkata beliau memuat naik video-video tersebut sebagai kandungan biasa tanpa sebarang perancangan atau jangkaan.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA