MUAR, 22 Mac -- Imam Surau Ar-Rahman, Fadli Abdullah (duduk) membacakan talkin setelah ketiga-tiga jenazah tiga beranak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, tengah malam tadi.Dalam kejadian kira-kira 4 petang Jumaat, motosikal ditunggangi tiga sekeluarga iaitu Mohd Sabri Ja'afar, 42, isterinya Siti Aisyah Suhaime, 32, dan anak lelaki mereka, Muhammad Yusuf Abdurrahman Mohd Sabri, 5, dipercayai dalam perjalanan dari arah air terjun Kamoung Juara menghala ke sebuah resort penginapan sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA