KUALA LUMPUR, 20 Jan -- Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam melihat motosikal yang disita selepas sidang media mengenai Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju hari ini.Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) menyita 58 buah kenderaan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) yang dijalankan di sekitar Wangsa Maju, Setapak dan Gombak.Pengarah JPJ WPKL Hamidi Adam berkata operasi yang bermula 9 pagi hingga 2 petang itu melibatkan Unit Operasi dan Falcon, hasil risikan mengenai penglibatan warga asing yang memandu tanpa lesen serta dokumen sah.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA