KUALA LUMPUR, 14 Nov -- TARIKAN BARU ... Sebahagian orang awam yang tidak melepaskan peluang mengunjungi "KL Tower Animal Zone" selepas majlis pembukaan mini zoo itu di Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini.Mini zoo yang bertemakan Kebudayaan, Aktiviti Lasak dan Semulajadi dibina diatas kawasan seluas 6,000 kaki persegi dan menempatkan sebanyak 100 spesis haiwan terdiri daripada jenis reptilia, amfibia dan mamalia. Dibuka dari 9 pagi hingga 10 malam setiap hari, "KL Tower Animal Zoo" mengenakan bayaran RM10 dewasa dan RM8 kanak-kanak dan bagi pemegang Mykad diskaun sebanyak 20 peratus diberikan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA