KOTA TINGGI, 10 Jan -- Nelayan Kampung Orang Asli Sungai Pinang, Aris Adong, 51, tiba di jeti selepas mencari hasil sungai ketika tinjauan Bernama di Jeti Kg Orang Asli Sayong Pinang hari ini.Kira-kira dua bulan selepas insiden pencemaran Sungai Johor di daerah ini, nelayan di kampung itu masih buntu memikirkan masa depan mereka kerana kehidupan harian belum pulih sepenuhnya.Rata-rata nelayan meluahkan rasa kecewa berikutan pendapatan dan hasil tangkapan sungai yang semakin merosot, selain menggesa perhatian pihak berkenaan terhadap keadaan Sungai Sayong Pinang yang semakin cetek berhampiran kampung mereka.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA