KUALA LUMPUR, 22 Dis -- Sekiranya kehadiran satu kumpulan muzik ternama sudah cukup mencipta kegembiraan, bayangkan fenomena yang dicetuskan oleh gabungan dua nama besar di atas satu pentas. Fenomena itu dapat disaksikan di konsert "NIDJI X BUNKFACE" yang bertempat di Zepp Kuala Lumpur malam tadi, kerana sepanjang hampir tiga jam persembahan, ribuan peminat yang memenuhi dewan itu tidak berhenti-henti menyanyikan setiap bait lagu bersama-sama dengan artis pujaan mereka.Jam tepat menunjukkan 8.36 malam ketika ruang pesta digelapkan, disambut sorakan gemuruh peminat yang rata-rata berpakaian denim. Sejurus kemudian, muncul Bunkface membuka tirai persembahan dengan lagu Malam Ini Kita Punya, menghidupkan suasana konsert sedari awal.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA