KUALA LUMPUR, 14 April -- Kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia ( Bernama) membuat persediaan akhir seperti menyemak dokumen dan menyusun fail untuk dibawa pulang sebagai persediaan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang bermula esok (15 April) ketika tinjauan hari ini.Pelaksanaan Dasar BDR bagi sektor perkhidmatan awam yang merupakan sebahagian langkah strategik kerajaan bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, akan bermula secara rasmi esok.Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala ke pejabat melebihi lapan KM, layak melaksanakan dasar BDR, yang dilaksanakan pada 2020 dan 2021 sebagai sebahagian daripada langkah kawalan pandemik COVID-19.Hari BDR ditetapkan mengikut negeri dan hari kelepasan mingguan (HKM), dengan negeri yang menetapkan HKM pada Ahad akan melaksanakan dasar berkenaan dari Selasa hingga Khamis, manakala negeri yang menetapkan HKM pada Jumaat, menjalankan BDR dari Isnin hingga Rabu.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** konflik di Asia Barat